Thursday, July 25, 2013

Tangkal Dan Azimat..

Disini ingin saya terangkan maksud Tangkal,Azimat,Wafak dan Wahinah...

Tangkal agak mudah untuk dilihat.Ia berupa benang yang dipakai oleh kanak-kanak.Ada yang menulis pada kertas dan dibungkus dengan kain dan dibuat rantai atau diikat pada pinggang,paha dan sebagainya.
 Azimat biasanya berupa rajah-rajah atau tulisan-tulisan tertentu yang ditulis pada kertas ataupun kain.Azimat kadangkala diletakkan di atas pintu,di gantung didinding dan sebagainya.
 Wafak adalah rajah-rajah atau tulisan yang ditulis atas kepingan timah,tembaga dan sebagainya.Wahinah adalah hampir sama dengan Aimat yang digunnakan untuk tujuan melemahkan musuh.
  Tangkal dan Azimat digunakan untuk pelbagai tujuan seperti meghalau jin,pengasih,penunduk dan pemanis.Menurut pengamal untuk menulis Azimat mempunyai syarat-syarat yang tertentu seperti berikut:
   1.Mengambil air sembahyang terlebih dahulu,
   2.jangan bercakap-cakap ketika menulis,
   3.Lidah sentiasa diangkat ke lelangit,
   4.Sewaktu menulis hendaklah bernafas daripada hidung sebelah kanan,
 

Ini adalah petuanya ketika menulis wafak dan aturannya.
sekadar perkongsian.insyaallah...