Selasa, 29 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/AMALAN MANDI EMBUN.

AMALAN MANDI EMBUN PAHLAWAN MELAYU
Amalan mandi embun pendekar zaman dulu mungkin banyak menyimpan rahsia yang tersembunyi.
Selalunya amalan ini digabung bersama tatacara yang lain bagi tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti tenaga diri. Tenaga diri ini ada beberapa makamnya, antaranya;
i. Makam jasmani – meliputi kulit, otot, sendi, tulang, darah dan organ-organ tubuh.
ii. Makam naluri – iaitu zon shodr (fikiran) dan qalb (perasaan/qalbu).
iii. Makam ruh – zon fuad (ruhul insani/spirit) – bahagian alam diri yang dalam.
'Embun' merujuk kepada air yang terhasil dari wap-wap udara (gas) yang berlaku tatkala berada dalam masa atau keadaan tertentu. Pada alam, ia berlaku pada subuh hari yakni semasa alam berada di antara dua keadaan iaitu gelap dan terang (zon peralihan).
Zon masa ini, menyimpan tenaga potensi yang banyak. Sifat embun (air) mampu merakam potensi-potensi tenaga ini. Jadi, amalan mandi air embun adalah seumpama proses memindahkan tenaga potensi yang tinggi dari alam ke sistem tubuh.
Liang roma akan merakam getaran tersebut dan menghantar isyarat secara keseluruhan ke saraf-saraf utama dan merangsangkan kelenjar bagi menghasilkan hormon tubuh yang seimbang.
Suasana suhu waktu subuh yang nyaman dan SEJUK pada getaran ultra violet, violet dan indigo amat akrab dengan frekuensi operasi sistem otak.
Keadaan dalam tubuh di awal pagi (subuh) tatkala suhu luarnya sejuk tadi; akan berusaha mengekalkan suhu PANAS bagi setiap organ.
KOORDINASI panas dan sejuk ini melengkapkan keseimbangan keduanya. Dalam hukum thermo dinamik, tubuh harus berjalan secara isothermis, barulah enzim-enzim dapat berkerja.
Dan tatkala tubuh (yang berusaha menahan sejuk/dingin pagi) disirami air embun (yang sejuk), TINDAKBALAS dalaman akan berlipat ganda demi terus mengekalkan suhu dalaman tubuh sekitar 36°C.
Adakalanya tubuh menggeletar bagi menghasilkan HABA demi mengekalkan suhu dalaman tubuh.
Provokasi atau tindakan ini MENJANAKAN KECEKAPAN tenaga dalaman tubuh. Dalam ilmu bio-energi kuno, ia menjanakan *HARA tubuh, merangsang *KUNDALINI, menjanakan buka-tutup pintu makam tenaga tubuh (chakra) dan sebagainya.
Biarpun pada awalnya tubuh agak terkejut dan bertindakbalas secara auto menstabilkan suhu tubuh, AMALAN yang berterusan bakal MELATIH tubuh untuk menjadi semakin MANTAP dan CEKAP mengendalikan aliran HARA, KUNDALINI dan tenaga keseluruhannya.
Ini lama kelamaan akan membentukkan sebuah KUALITI LUAR BIASA terhadap tubuh tersebut yang kelak bakal menjadikan PENDEKAR itu HEBAT jiwanya dan lahiriahnya (tatkala digabungkan dengan beberapa teknik lain seperti pernafasan, amalan diet/puasa, meditasi, muraqabah, zikrullah, doa-doa tertentu dll).
Walau bagaimanapun, amalan ini telah hilang ditelan zaman akibat sulitnya pengamalan yang TEPAT untuknya serta telah disalahgunakan. Lalu, ianya tidak lagi dikongsi secara terbuka untuk generasi muda.
Bagi pengamal kerohanian, embun simbolik kepada zat suci yang menyimpan tenaga kerohanian yang suci dan tinggi. Ia mampu menjernihkan SHODR, QALB dan FUAD agar mencapai kecerahan alam diri yang tinggi.
Wallahua'lam..
* KUNDALINI merupakan tenaga terpendam yang dimiliki oleh semua manusia dalam bentuk tenaga kerohanian dan terletak di dasar tulang belakang yang melingkar seperti ular yang sedang membelit mangsanya. Berfungsi untuk membangkitkan kesedaran serta tenaga dan kemampuan anda yang terpendam dan juga berfungsi sebagai penghubung 7 chakra utama yang ada di dalam tubuh anda.
Jika seseorang telah mampu membangkitkan kundalininya, maka ia akan memiliki pemikiran genius, cerdas, ketahanan tubuh yang kuat dan dikatakan mampu memiliki kekuatan mistik.
* HARA = zat mineral yang diperlukan oleh tubuh
Sumber:
1. Mir Hazil Hazran Ramli
2. perisianminda.blogspot
3. kundaliniawakening123.blogspot