Rabu, 30 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/Kelebihan Bismillah.

KELEBIHAN BISMILLAH...
Hari ini saya nak berkongsi kelebihan Bismillah, kalau kita amalkan cukup besar fadilatnya.
Saya suka bercerita benda yang mudah dan ayat yang pendek agar ia mudah difahami serta senang di amalkan.
Kalau saya berkongsi doa-doa yang panjang mungkin mereka sukar untuk menghafalnya, oleh sebab itu saya suka menceritakan benda yang ringkas kepada umum.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, adalah dalam bahasa Melayu, ayat ini adalah doa yang asas dalam semua permulaan perkerjaan yang hendak kita lakukan.
Kalau dapat kita menyatukan perkataan ini dalam hati, kita akan merasa rendah diri daripada ego kerana kita bersifat hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan rahmat dari Allah untuk dibelas kasihan dalam apa sahaja perbuatan didunia ini.
1). Kalau seluruh keluarga kita membaca kalimat ini sebanyak 21 kali sebelum tidur setiap hari, Allah tidak akan izinkan sebarang pencuri serta orang jahat untuk mengganggu keluarga kita pada setiap waktu, miskipun sebarang penyakit untuk menyerang kita.
2). Kalau dibaca kalimat ini sebanyak 786 kali pada segelas air putih pada malam hari, kemudiannya pada harinya ketika matahari terbit, lalu air tadi diberi minum kepada anak, In Sha Allah otak anak kita akan menjadi cergas (lakukan seminggu sekali) kerana bacaan itu.
3). Kalau dibaca huruf kalimat ini sebanyak hurufnya ( iaitu 786 kali) pada mangkuk atau pinggan air lalu di beri minum kepada orang yang dikasihinya, maka orang itu akan mencintainya kerana bacaan itu.
4). Kalau dibacakan kalimat ini sebanyak 50 kali ketika hendak bertemu dengan orang yang zalim maka orang yang zalim itu akan merasa gentar dan malu kerana bacaan itu.
5). Kalau dituliskan kalimat ini sebanyak 101 kali pada kain putih atau kertas putih lalu dimasukkan ke dalam botol yang bersih, lalu ditutup kemudian ditanam di tengah ladang atau sawah, In Sha Allah tanamannya akan selamat daripada haiwan dan manusia yang ingin merosakkan tanaman kita ataupun kecurian, kerana berkat tulisan itu.
Sumber:/Fb Ustaz Rosdi.