Artikel kali ini tentang Azimat Timbang Liring.Azimat ni sangat popular di daerah Kalimantan,Azimat ni juga seperti Wafak.
Yang membezakan Wafak Tambang Liring ini adalah Dakwat yang digunakan dan Rajahnya juga berbeza,termasuk fungsi dan khasiatnya.Pengamalnya disebut sebagai Dalang,macam Dalang Wayang Kulit yang selalu kita dengar.Atau Tok Dalang.
Kebanyakkan Wafak ini bermotifkan dari Rajah @ Watak dari wayang kulit yang selalu kita tengok.Dan Watak tadi sinonim dengan Bangsa Jawa.Alas untuk menghasilkan Wafak @ Rajah tadi pengamalnya akan gunakan Kulit Kijang @ Kulit dari pokok kayu.Dan ada sumber lain sebelum ini mengatakan pernah mengunakan dari kulit Manusia.Wallahuallam.
Dakwatnya pula dari Darah Haiwan @ Manusia.Ada jugak yang menggunakan dari dakwat berupa minyak.
Tentang khasiatnya pula bergantung pada bentuk Wafak,Rajah & Watak dalam Azimat Tambang Liring tadi.Mengikut kesesuaian dan permintaan dari pihak penebus pada pengamal.Kebanyakkan untuk Pengasihan,Pelaris Kedai,Dan ada juga untuk Perlindung diri dari musibah.
Setakat itu dulu perkongsian kali ini.Dibawah adalah gambar Wafak Timbang Liring.