Selasa, 19 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Meramu Minyak.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua pengunjung Blog Pengikatpasangan.
Kali ini saya nak buat artikel tentang Minyak Pengasih,tujuan utama artikel ini adalah untuk memudahkan urusan penebus dengan pemahar.Sebelum tu kita kena tau apa itu Minyak Pengasih.Minyak Pengasih ni kalau diikutkan dan didifinisi kan sebagai sesuatu item yang mempunyai tarikannya yang tersendiri & kebanyakkan nama-nama minyak ini diambil mengikut daerah masing² @ Negara masing².Jadi tak semua Minyak Pengasih ni berbentuk "Streotype",maksud saya bentuk Streotype tadi adalah fungsinya tak semua sama dan cara meramunya pun berbeza.Bergantung pada bahan² & ramuannya tadi.
   Kebanyakkan Minyak Pengasih tadi diramu dengan sumber alam,contoh.Seperti dari ramuan Bunga,Herba & Akar kayu.Semua bahan² tadi dipilih sendiri oleh pihak pengamal,maknanya hanya yang terpilih saja akan di ambil untuk diramu menggunakan kaedah tradisional.Selepas itu akan diritualkan minyak tadi.Disini saya nak jelaskan maksud "Ritual Minyak".
Maksudnya?akan diisi dengan isian Kebatinan seperti dibaca dengan Surah² tertentu dari Ayat Al-quran,dan ada juga yang diisi dengan Mantera² tertentu dan dimasukkan berupa isian Mahluk Ghaib sebagai pedamping Minyak tadi.Tujuannya adalah untuk menambahkan Kekuatan Minyak Pengasih tadi supaya kekal didalam khasiatnya.Bergantung pada pengamal itu sendiri meramu dengan kaedah yang diguna pakai.
  Satu lagi cara dengan bersumberkan dari Haiwan.Seperti Air Mani Gajah yang cair @ berbentuk Fosil ratusan tahun.Atau dari Burung² yang terpilih.contoh macam burung Cenderawasih yang popular dari kalangan pengamal.Dan dari Haiwan yang bernama Kongkang,Haiwan ni dah nak pupus dah rasanya.Dan banyak berada dalam Hutan didaerah kepulauan Borneo & Kalimatan.Dan cara meramu Minyak ni hampir sama dengan kaedah yang saya jelaskan diatas tadi.Sekadar ringkasan semata.
  Dan cara menghasilkan Minyak Pengasih bersumberkan dari Mayat.Cara ini selalu diparitikal kan dinegara Thai,Cambodia & Vietnam.Dan kebanyakkan item² ini semua boleh didapatkan dalam WAT,WAT ni tempat sembahyang dorang lah,maksudnya Kuil @ Temple.Kalau sesiapa yang pernah kesana paham lah WAT tu apa dia.
  Yang paling popular Minyak Dagu.Bahan utamanya tentulah dari Mayat.Dan cara nak dapatkan Minyak ini prosesnya agak keterlaluan jugak lah,sebab mayat tadi akan dilayar dengan api dibahagian dagunya untuk mendapatkan minyak.Selalunya hanya Mayat² yang terpilih saja akan diritualkan,bukan tangkap muat je.Sebab ada Spec & Gred.Dan kebanyakkan tentulah mayat dari Perempuan.Seperti mayat perempuan bersalin,perempuan mati kene rogol @ yang bunuh diri.Ada juga yang bersumberkan dari Abu Mayat,Rambut @ bahagian² lain dari Mayat tadi yang diambil dan diritualkan dan diolah menjadi Minyak Pengasih & Tangkal Azimat.
  Cukuplah setakat ni dulu perkongsian kali ini.Nanti akan menyusul Artikel yang lain.