Mahluk yang bernama Jenglot yang berasal dari Negara Seberang,iaitu dari Indonesia.Mahluk ni sebenarnya apa?Jenglot ni bukan lah sejenis mahluk,tapi sejenis Patung yang dibuat dengan kulit,tulang,rambut & daging yang berasal dari binatang @ sumber lain.Dijadikan dalam bentuk Figura berupa mahluk yang boleh dikatakan jelik & menyeramkan jugak lah,seperti yang anda semua lihat dalam google.
Apa faedahnya menyimpan Figura Jenglot ni?Faedahnya bagi sesiapa yang mengetahuinya akan khasiatnya yang terkandung di dalam Jenglot tadi.Hampir sama dengan khasiat Anak Krok @ Kumanthong yang berasal dari Thai @ Cambodia.Bende ni ibarat macam orang suruhan @ khadam.Dalam ertikata lain,disuruhnya lah buat kerja secara Mistik,atau untuk melindungi harta bende Tuan punya jenglot ni tadi.
Setahu aku,bende alah ni perlu dijamu pada hari² tertentu sebagai makanannya,sebab ape perlu dijamu?sebab Figura Jenglot tadi bukan lah Figura semata.Disebabkan telah dimasukkan semangat tertentu oleh pengamal yang berkebolehan,dalam ertikata lain,mahluk tu adalah JIN.Tentang makanannya aku tak pasti pulak,sebab aku tak membela bende alah ni.
Dan kemungkinan ada dibuat perjanjian antara pemilik Jenglot ni sebagai timbal balik,mcm pro & con lah.