Ahad, 18 Mei 2014

Soal Jawab berkaitan Testimoni

Soalan : Blog ini tak menyediakan testimoni ke sebagai rujukan pembeli?

Jawapan : Terima kasih atas soalan berikut. Di sini akan saya jawab secara ringkas dan padat untuk memudahkan Tuan dan Puan faham akan sebab testimoni tidak diletakkan di blog ini. Pada pendapat saya, andai diletakkan sekali ruangan testimoni daripada penebus yang pernah menebus item mistik daripada saya agar Tuan dan Puan dapat pastikan Tuan Puan juga merasai khasiat yang sama seperti yang dirasai oleh penebus sebelum ini apabila menebus item mistik yang sama seperti penebus sebelum ini, saya khuatir apabila isim item mistik tersebut tidak serasi dengan Tuan dan Puan maka timbullah keraguan Tuan dan Puan atas khasiat item mistik tersebut. Mengikut pengalaman dan kajian saya sebelum ini, item mistik yang sama jenis atau berbeza belum tentu penebus baru akan merasai khasiat dan keindahannya seperti tesitmoni yang penebus-penebus lain berikan. Jadi jangan terlalu berharap pada testimoni yang digembar-gemburkan, sebaliknya tanamkanlah di dalam hati kebergantungan 100% kepada Allah Swt. Item mistik adalah keindahan ciptaanNya, sedangkan yang menciptanya adalah Allah Swt. Bergantunglah kepada Allah Swt, Innamal Amalu Binniyat. Wallahualam.



Jumaat, 7 Februari 2014

Tertib Sebelum Guna.

Assalammualaikum...

Disini saya sertakan cara niatnya, boleh dipelbagaikan mengikut niat dan kata ganti nama juga boleh ditukar mengikut keadaan untuk tujuan Umum mahupun Khusus. Insyaallah...

Dan ini sebagai rujukan semata, cara niat boleh ditukar mengikut keadaan. Wallahuallam...

Terlebih dahulu bacalah Basmalah yakni Bismillah, (Dengan berkat aku memakai minyak pengasih @ penunduk ini, tunduk kasih sayang, dan cinta berahilah Si Polan bin @ binti Si Polan terhadap diriku, dengan berkat (syahadah) dan selawat 3x. Kemudian pakai pada diri sendiri dan celet pada Si Polan tadi mahupun dalam makanannya. Andai untuk umum sebutkan saja untuk umum, kata ganti bagi nama. Dan untuk orang bukan Islam, cukup niatkan saja, dan tak perlu permulaan dan penutupnya tadi. Wallahuallam.

P/S : Ini hanya CONTOH! Niat untuk apa pun boleh asalkan bukan untuk menganiaya atau mengkhianat orang lain apatah lagi mensyirikkan Allah. Insyaallah.. Harap jelas dan dapat memudahkan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Ambil sikit guna jari manis kanan,kemudian cantum kan pada jari manis kiri.sambil bismillah(penuh) dan niat lah untuk kegunaan apa.Kemudian selawat 3x,sapu pada kening kanan guna jari mnais kanan,sapu pada kening kiri guna jari manis kiri.tempat misai dan bawah bibir,dan pergelangan tangan.Dan untuk seseorang,sebutkan namanya dlm niat tadi dan tujuan,berbin @ binti yang mana ketahui nama IBU @ AYAH.Dan andai ingin Colet pada yang dituju,guna jari manis kanan,bismillah,niat & selawat 3x,Bagi non Muslim pula cukup saja dengan niat.Itu saja!!!