Ahad, 8 Julai 2018

Minyak Sari Duyung.

Assallamuallaikum.
Minyak Pengasih Sari Duyung ini berasal dari Tanah Jawa yang baru saya dapatkan dari pengamalnya.Dan dimaklumkan Minyak Pengasih ini sudah berusia Ratusan Tahun lamanya,dan dijaga oleh pengamalnya sekarang dari Generasi yang ke 5. dimaklumkan bahan asas dari Minyak ini berasal dari Duyung Betina seperti yang dimaklumkan oleh pengamalnya.Info dan Detail tentang cara pengamalnya meramu Minyak ini dengan cara menapai untuk mendapatkan Minyaknya.Seperti dimaklumkan oleh pengamalnya sekarang.Sebab Minyak Pengasih ini adalah Minyak Turun Temurun.
  Khasiat Minyak ini tujuannya serbaguna 1001 khasiat.Seperti membuka Aura Diri dan Tubuh badan,untuk wanita pula menaikkan Anggun Persona & kepada lelaki pula untuk menaikkan Kharisma Diri,Pengikat Pasangan & Penunduk Kata.
Boleh juga digunakan sebagai Pelaris Kedai @ Jualan.Inshaallah...Dan khasiat yang lain akan dirasai sendiri oleh penebus.Minyak Pengasih Sari Duyung ini mempunyai Khadam @ Penjaganya yang berupa seorang Puteri Alam Laut,yang akan berdamping dan menjaga khasiat minyak tersebut.Minyak ini mempunyai Aura yang Sejuk dan lembut.Jadi sesuai lah dengan khasiatnya seperti dinyatakan di atas.Cara pengunaan,akan saya maklumkan selepas ditebus kelak.
  
    Mahar Tebus:RM660.00



Minyak Tuju-Tuju Mahaphoot(Siam)

Assallamuallaikum...
Sejenis Minyak Pengasih Tahap Tinggi yang berasal dari SIAM @ THAILAND.
Boleh dikatakan dalam jenis yang Keras & juga jenis Langka.Sebab apa saya katakan begitu,sebab Pengamalnya mengunakan bahan-bahan dari Saripati Mayat.Dan hanya bahagian penting saja yang diambil oleh pengamalnya untuk diproses dijadikan sebagai Minyak. Minyak ini sememangnya Popular di negara yang saya nyatakan tadi.
  Namun Minyak ini bukan Minyak Dagu,sebab Minyak Dagu.Minyak yang diperolehi oleh pengamal hanya dibahagian Dagu Mayat,termasuk beberapa helai rambut sebagai ramuannya.
  Cara pengunaan Minyak ini cukup mudah.Cuma baca mantera yang akan saya sertakan sekali pada penebus,kemudian niat dan calit pada yang dituju.Tak perlu pakai pada diri sendiri.Cukup simpan dalam kocek baju untuk menaikkan Aura Keyakinan,Persona & Kharisma Diri.
  Cara penjagaan dan pantang akan saya maklumkan selepas ditebus.Boleh juga digunakan untuk Pasangan Sejenis & Lawan Jenis.Dan diingatkan sekali lagi Minyak ini tergolong dalam jenis yang Keras dan Langka.Jadi jangan dibuat untuk tujuan suka-suka.
  
   Mahar Tebus:RM770.00





Sabtu, 30 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Wafak Tambang Liring

Artikel kali ini tentang Azimat Timbang Liring.Azimat ni sangat popular di daerah Kalimantan,Azimat ni juga seperti Wafak.
Yang membezakan Wafak Tambang Liring ini adalah Dakwat yang digunakan dan Rajahnya juga berbeza,termasuk fungsi dan khasiatnya.Pengamalnya disebut sebagai Dalang,macam Dalang Wayang Kulit yang selalu kita dengar.Atau Tok Dalang.
  Kebanyakkan Wafak ini bermotifkan dari Rajah @ Watak dari wayang kulit yang selalu kita tengok.Dan Watak tadi sinonim dengan Bangsa Jawa.Alas untuk menghasilkan Wafak @ Rajah tadi pengamalnya akan gunakan Kulit Kijang @ Kulit dari pokok kayu.Dan ada sumber lain sebelum ini mengatakan pernah mengunakan dari kulit Manusia.Wallahuallam.
  Dakwatnya pula dari Darah Haiwan @ Manusia.Ada jugak yang menggunakan dari dakwat berupa minyak.
  Tentang khasiatnya pula bergantung pada bentuk Wafak,Rajah & Watak dalam Azimat Tambang Liring tadi.Mengikut kesesuaian dan permintaan dari pihak penebus pada pengamal.Kebanyakkan untuk Pengasihan,Pelaris Kedai,Dan ada juga untuk Perlindung diri dari musibah.
  Setakat itu dulu perkongsian kali ini.Dibawah adalah gambar Wafak Timbang Liring.

Sumber gambar dari Google.





Selasa, 19 Jun 2018

Pugai Mani Gajah Asli.

Assallamuallaikum...
 Pugai Mani Gajah Asli saya dapatkan dari pengamalnya sendiri.Ada yang jenis beku seperti Batu,jenis seperti itu selalu dibuat Batu cincin dan memiliki aura tarikannya yang tersendiri...Wallahuallam...
  Dan yang ini adalah dari jenis cair,jenis seperti ini yang paling susah mendapatkannya berbanding yang jenis beku.Mani Gajah ini berasal dari Kalimantan Dan tentang khasiatnya memang sedia maklum tentangnya untuk tujuan pengasihan dan pengikat pasangan yang ampuh,serta memiliki daya tarikan yang sesuai dibuat sebagai pelaris diri  ataupun kedai.jadi perlu saya nyatakan dibawah.Cara guna pakai akan saya maklumkan selepas anda tebus dari saya.
  Dan sepekara lagi,Mani Gajah ini bersifat hidup dan pada waktu-waktu tertentu akan bertambah sendiri bila Bulan Penuh,seperti yang diceritakan oleh pengamalnya sendiri.Tapi bukan semua yang terpilih.Dan selalunya ikut atas orang yang dapat.Wallahuallam...
    
    Mahar Tebus:RM330.00


Sekadar Perkongsian/Meramu Minyak.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua pengunjung Blog Pengikatpasangan.
Kali ini saya nak buat artikel tentang Minyak Pengasih,tujuan utama artikel ini adalah untuk memudahkan urusan penebus dengan pemahar.Sebelum tu kita kena tau apa itu Minyak Pengasih.Minyak Pengasih ni kalau diikutkan dan didifinisi kan sebagai sesuatu item yang mempunyai tarikannya yang tersendiri & kebanyakkan nama-nama minyak ini diambil mengikut daerah masing² @ Negara masing².Jadi tak semua Minyak Pengasih ni berbentuk "Streotype",maksud saya bentuk Streotype tadi adalah fungsinya tak semua sama dan cara meramunya pun berbeza.Bergantung pada bahan² & ramuannya tadi.
   Kebanyakkan Minyak Pengasih tadi diramu dengan sumber alam,contoh.Seperti dari ramuan Bunga,Herba & Akar kayu.Semua bahan² tadi dipilih sendiri oleh pihak pengamal,maknanya hanya yang terpilih saja akan di ambil untuk diramu menggunakan kaedah tradisional.Selepas itu akan diritualkan minyak tadi.Disini saya nak jelaskan maksud "Ritual Minyak".
Maksudnya?akan diisi dengan isian Kebatinan seperti dibaca dengan Surah² tertentu dari Ayat Al-quran,dan ada juga yang diisi dengan Mantera² tertentu dan dimasukkan berupa isian Mahluk Ghaib sebagai pedamping Minyak tadi.Tujuannya adalah untuk menambahkan Kekuatan Minyak Pengasih tadi supaya kekal didalam khasiatnya.Bergantung pada pengamal itu sendiri meramu dengan kaedah yang diguna pakai.
  Satu lagi cara dengan bersumberkan dari Haiwan.Seperti Air Mani Gajah yang cair @ berbentuk Fosil ratusan tahun.Atau dari Burung² yang terpilih.contoh macam burung Cenderawasih yang popular dari kalangan pengamal.Dan dari Haiwan yang bernama Kongkang,Haiwan ni dah nak pupus dah rasanya.Dan banyak berada dalam Hutan didaerah kepulauan Borneo & Kalimatan.Dan cara meramu Minyak ni hampir sama dengan kaedah yang saya jelaskan diatas tadi.Sekadar ringkasan semata.
  Dan cara menghasilkan Minyak Pengasih bersumberkan dari Mayat.Cara ini selalu diparitikal kan dinegara Thai,Cambodia & Vietnam.Dan kebanyakkan item² ini semua boleh didapatkan dalam WAT,WAT ni tempat sembahyang dorang lah,maksudnya Kuil @ Temple.Kalau sesiapa yang pernah kesana paham lah WAT tu apa dia.
  Yang paling popular Minyak Dagu.Bahan utamanya tentulah dari Mayat.Dan cara nak dapatkan Minyak ini prosesnya agak keterlaluan jugak lah,sebab mayat tadi akan dilayar dengan api dibahagian dagunya untuk mendapatkan minyak.Selalunya hanya Mayat² yang terpilih saja akan diritualkan,bukan tangkap muat je.Sebab ada Spec & Gred.Dan kebanyakkan tentulah mayat dari Perempuan.Seperti mayat perempuan bersalin,perempuan mati kene rogol @ yang bunuh diri.Ada juga yang bersumberkan dari Abu Mayat,Rambut @ bahagian² lain dari Mayat tadi yang diambil dan diritualkan dan diolah menjadi Minyak Pengasih & Tangkal Azimat.
  Cukuplah setakat ni dulu perkongsian kali ini.Nanti akan menyusul Artikel yang lain.

Jumaat, 8 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Jenglot @ Batara Karang

Mahluk yang bernama Jenglot yang  berasal dari Negara Seberang,iaitu dari Indonesia.Mahluk ni sebenarnya apa?Jenglot ni bukan lah sejenis mahluk,tapi sejenis Patung yang dibuat dengan kulit,tulang,rambut & daging yang berasal dari binatang @ sumber lain.Dijadikan dalam bentuk Figura berupa mahluk yang boleh dikatakan jelik & menyeramkan jugak lah,seperti yang anda semua lihat dalam google.
  Apa faedahnya menyimpan Figura Jenglot ni?Faedahnya bagi sesiapa yang mengetahuinya akan khasiatnya yang terkandung di dalam Jenglot tadi.Hampir sama dengan khasiat Anak Krok @ Kumanthong yang berasal dari Thai @ Cambodia.Bende ni ibarat macam orang suruhan @ khadam.Dalam ertikata lain,disuruhnya lah buat kerja secara Mistik,atau untuk melindungi harta bende Tuan punya jenglot ni tadi.
   Setahu aku,bende alah ni perlu dijamu pada hari² tertentu sebagai makanannya,sebab ape perlu dijamu?sebab Figura Jenglot tadi bukan lah Figura semata.Disebabkan telah dimasukkan semangat tertentu oleh pengamal yang berkebolehan,dalam ertikata lain,mahluk tu adalah JIN.Tentang makanannya aku tak pasti pulak,sebab aku tak membela bende alah ni.
   Dan kemungkinan ada dibuat perjanjian antara pemilik Jenglot ni sebagai timbal balik,mcm pro & con lah.
  Setakat itu dulu info tentang Figura Jenglot ni.





Isnin, 4 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Anak Krok @ Kumantong.

Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.
Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk xxxxxx untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk xxxxxx
Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaiai, kelambu nyamuk, bantal,tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.

(Gambar/sumber google)