Rabu, 30 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/Kelebihan Bismillah.

KELEBIHAN BISMILLAH...
Hari ini saya nak berkongsi kelebihan Bismillah, kalau kita amalkan cukup besar fadilatnya.
Saya suka bercerita benda yang mudah dan ayat yang pendek agar ia mudah difahami serta senang di amalkan.
Kalau saya berkongsi doa-doa yang panjang mungkin mereka sukar untuk menghafalnya, oleh sebab itu saya suka menceritakan benda yang ringkas kepada umum.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, adalah dalam bahasa Melayu, ayat ini adalah doa yang asas dalam semua permulaan perkerjaan yang hendak kita lakukan.
Kalau dapat kita menyatukan perkataan ini dalam hati, kita akan merasa rendah diri daripada ego kerana kita bersifat hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan rahmat dari Allah untuk dibelas kasihan dalam apa sahaja perbuatan didunia ini.
1). Kalau seluruh keluarga kita membaca kalimat ini sebanyak 21 kali sebelum tidur setiap hari, Allah tidak akan izinkan sebarang pencuri serta orang jahat untuk mengganggu keluarga kita pada setiap waktu, miskipun sebarang penyakit untuk menyerang kita.
2). Kalau dibaca kalimat ini sebanyak 786 kali pada segelas air putih pada malam hari, kemudiannya pada harinya ketika matahari terbit, lalu air tadi diberi minum kepada anak, In Sha Allah otak anak kita akan menjadi cergas (lakukan seminggu sekali) kerana bacaan itu.
3). Kalau dibaca huruf kalimat ini sebanyak hurufnya ( iaitu 786 kali) pada mangkuk atau pinggan air lalu di beri minum kepada orang yang dikasihinya, maka orang itu akan mencintainya kerana bacaan itu.
4). Kalau dibacakan kalimat ini sebanyak 50 kali ketika hendak bertemu dengan orang yang zalim maka orang yang zalim itu akan merasa gentar dan malu kerana bacaan itu.
5). Kalau dituliskan kalimat ini sebanyak 101 kali pada kain putih atau kertas putih lalu dimasukkan ke dalam botol yang bersih, lalu ditutup kemudian ditanam di tengah ladang atau sawah, In Sha Allah tanamannya akan selamat daripada haiwan dan manusia yang ingin merosakkan tanaman kita ataupun kecurian, kerana berkat tulisan itu.
Sumber:/Fb Ustaz Rosdi.

Selasa, 29 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/AMALAN MANDI EMBUN.

AMALAN MANDI EMBUN PAHLAWAN MELAYU
Amalan mandi embun pendekar zaman dulu mungkin banyak menyimpan rahsia yang tersembunyi.
Selalunya amalan ini digabung bersama tatacara yang lain bagi tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti tenaga diri. Tenaga diri ini ada beberapa makamnya, antaranya;
i. Makam jasmani – meliputi kulit, otot, sendi, tulang, darah dan organ-organ tubuh.
ii. Makam naluri – iaitu zon shodr (fikiran) dan qalb (perasaan/qalbu).
iii. Makam ruh – zon fuad (ruhul insani/spirit) – bahagian alam diri yang dalam.
'Embun' merujuk kepada air yang terhasil dari wap-wap udara (gas) yang berlaku tatkala berada dalam masa atau keadaan tertentu. Pada alam, ia berlaku pada subuh hari yakni semasa alam berada di antara dua keadaan iaitu gelap dan terang (zon peralihan).
Zon masa ini, menyimpan tenaga potensi yang banyak. Sifat embun (air) mampu merakam potensi-potensi tenaga ini. Jadi, amalan mandi air embun adalah seumpama proses memindahkan tenaga potensi yang tinggi dari alam ke sistem tubuh.
Liang roma akan merakam getaran tersebut dan menghantar isyarat secara keseluruhan ke saraf-saraf utama dan merangsangkan kelenjar bagi menghasilkan hormon tubuh yang seimbang.
Suasana suhu waktu subuh yang nyaman dan SEJUK pada getaran ultra violet, violet dan indigo amat akrab dengan frekuensi operasi sistem otak.
Keadaan dalam tubuh di awal pagi (subuh) tatkala suhu luarnya sejuk tadi; akan berusaha mengekalkan suhu PANAS bagi setiap organ.
KOORDINASI panas dan sejuk ini melengkapkan keseimbangan keduanya. Dalam hukum thermo dinamik, tubuh harus berjalan secara isothermis, barulah enzim-enzim dapat berkerja.
Dan tatkala tubuh (yang berusaha menahan sejuk/dingin pagi) disirami air embun (yang sejuk), TINDAKBALAS dalaman akan berlipat ganda demi terus mengekalkan suhu dalaman tubuh sekitar 36°C.
Adakalanya tubuh menggeletar bagi menghasilkan HABA demi mengekalkan suhu dalaman tubuh.
Provokasi atau tindakan ini MENJANAKAN KECEKAPAN tenaga dalaman tubuh. Dalam ilmu bio-energi kuno, ia menjanakan *HARA tubuh, merangsang *KUNDALINI, menjanakan buka-tutup pintu makam tenaga tubuh (chakra) dan sebagainya.
Biarpun pada awalnya tubuh agak terkejut dan bertindakbalas secara auto menstabilkan suhu tubuh, AMALAN yang berterusan bakal MELATIH tubuh untuk menjadi semakin MANTAP dan CEKAP mengendalikan aliran HARA, KUNDALINI dan tenaga keseluruhannya.
Ini lama kelamaan akan membentukkan sebuah KUALITI LUAR BIASA terhadap tubuh tersebut yang kelak bakal menjadikan PENDEKAR itu HEBAT jiwanya dan lahiriahnya (tatkala digabungkan dengan beberapa teknik lain seperti pernafasan, amalan diet/puasa, meditasi, muraqabah, zikrullah, doa-doa tertentu dll).
Walau bagaimanapun, amalan ini telah hilang ditelan zaman akibat sulitnya pengamalan yang TEPAT untuknya serta telah disalahgunakan. Lalu, ianya tidak lagi dikongsi secara terbuka untuk generasi muda.
Bagi pengamal kerohanian, embun simbolik kepada zat suci yang menyimpan tenaga kerohanian yang suci dan tinggi. Ia mampu menjernihkan SHODR, QALB dan FUAD agar mencapai kecerahan alam diri yang tinggi.
Wallahua'lam..
* KUNDALINI merupakan tenaga terpendam yang dimiliki oleh semua manusia dalam bentuk tenaga kerohanian dan terletak di dasar tulang belakang yang melingkar seperti ular yang sedang membelit mangsanya. Berfungsi untuk membangkitkan kesedaran serta tenaga dan kemampuan anda yang terpendam dan juga berfungsi sebagai penghubung 7 chakra utama yang ada di dalam tubuh anda.
Jika seseorang telah mampu membangkitkan kundalininya, maka ia akan memiliki pemikiran genius, cerdas, ketahanan tubuh yang kuat dan dikatakan mampu memiliki kekuatan mistik.
* HARA = zat mineral yang diperlukan oleh tubuh
Sumber:
1. Mir Hazil Hazran Ramli
2. perisianminda.blogspot
3. kundaliniawakening123.blogspot

Rabu, 25 April 2018

Ibu Minyak

Assallamualaikum...
Ini adalah sebahagian dari Ibu Minyak Pengasih dan Penunduk yang telah diramu dan telah sempurna isi kandungannya serta khasiatnya.Inshaallah...
Dan gambar ini hanya sebahagian daripadanya,sebenarnya ada banyak lagi.Cuma saya upload sebagai rujukkan pada penebus sekalian.Dan untuk makluman semua,gambar-gambar ini semua dapatkan dari pengamal saya sendiri.








Ahad, 22 April 2018

Minyak Raja Kemeyan.

Assallamuallaikum...
Minyak penunduk terbaru yang ini saya dapatkan dari pengamal yang sama meramu minyak Pengasih Seri Rampai.
Telah diramu bersama Raja Kemeyan,dan untuk pengetahuan Kemeyan jenis ini pengamalnya ambil di dalam Hutan sekitar Kalimantan,nama daerah pengamalnya tidak nyatakan dimana.
Dan Minyak ini telah diadun bersama beberapa jenis bahan yang lain untuk melengkapkan ramuannya hingga sebati.
Dan telah ditapa didalam busut jantan bersama cengkerang belangkas hitam selama 3 minggu lamanya,kemudian baru dimasukkan khadam pedamping kedalam minyak penunduk ini supaya serasi.Kegunaan minyak ini sememangnya khas untuk Penunduk,dan cara pengunaannya akan saya maklumkan selepas ditebus.

Mahar Tebus:RM220.00


Minyak Seri Rampai

Assallamuallaikum...
Minyak pengasih yang terbaru dan tahap mampu milik bagi penebus sekalian.Minyak pengasih ini saya dapatkan dari seorang pengamal yang mahir.Ramuannya untuk meramu minyak pengasih ini diambil di dalam hutan di daerah Kalimantan,dan kebanyakkan bahan-bahannya semua berasal dari sana.
  Proses membuatnya mengambil masa 7 minggu,kerana bahan-bahannya susah didapati,dan ada pantang larangnya yang perlu pengamal sendiri ikuti semasa meramu minyak pengasih ini.Telah dimasukkan isian kebatinan Pengasihan dan Penunduk,dan telah diisikan Khadam pedamping kedalam minyak pengasih ini sekali.Sesudah semuanya sebati,barulah dimaharkan pada penebus baru.


Antara khasiatnya:
Pengasih umum.
Pengasih khusus.
Penunduk.
Pelaris jualan.
Pengikat pasangan.
Persona diri.
Kharisma diri.


Mahar Tebus:RM220.00


Ahad, 18 Mac 2018

Minyak 13 Asbab.

Assallamuallaikum...
Minyak pengasih yg terbaru saya dapatkan dari pengamal yang mahir dan berpengalaman meramu minyak pengasih.Telah diisi beberapa jenis ramuan serta bahan yang lain untuk menserasikan kesemua ramuan tersebut.
  Dan cara untuk meramunya juga amatlah rumit,mengikut kata pengamalnya.Segala bahan-bahan tadi dijemur dahulu dibawah sinar Matahari supaya bahannya tadi kering secukupnya selama beberapa hari.Dan diembun kan pula dibawah sinar Bulan selama beberapa hari,untuk menyerap Aura Semangat Bulan tersebut.Wallahuallam....Dan apa yang pengamal saya maklumkan,terdapat 13 jenis bahan dan ramuan kering dari hutan,dan beberapa jenis Bunga Hutan serta Akar kayu untuk dijadikan kesemua bahan tadi sebagai Minyak Pengasih yang berkhasiat.inshaallah...
  Setelah kesemua bahan tadi yang telah dikeringkan dan diembunkan dengan sempurna,barulah ditanak didalam periuk tanah.Dan kesemua proses ini mengambil masa selama 44 hari lamanya.Dari proses mengeringkan,embun & hingga proses menanak Minyak pengasih tersebut.Dan minyak ini bersifat Alami tiada unsur Khadam dan bersifat Aura sejuk.Inshaallah....Dan dibotolkan dalam saiz 6ml kepada penebusnya.Antara khasiatnya akan saya nyatakan dibawah.

Pengasih umum.
Pengasih khusus.
Pengikat pasangan.
Penunduk.
Pelaris jualan.
Persona diri.
Kharisma diri.
Pendinding Sihir.

Mahar Tebus:RM280.00
 Nota:/Minyak Pengasih ini berasal dari pengamal yang meramu minyak pengasih Al-Asbab.Dan minyak ini adalah hasil penambah baikkan dari minyak Al-Asbab.Dan maharnya masih dikekalkan oleh permintaan pengamal.Terima kasih.


Ahad, 11 Mac 2018

Sekadar Perkongsian/Minyak Balabak.

Minyak pengasih memiliki banyak jenis mengikut geografi, adat, dan kebudayaan sesuatu bangsa. Jika di Sabah, minyak pengasih dikenali sebagai 'Pugai' dimana ianya terkenal sebagai ilmu untuk memikat wanita.
Kebanyakan pengamal ilmu pengasih akan menggunakan minyak kayu Balabak untuk tujuan dijadikan sebagai minyak kayu pengasih.
Kayu Balabak amat dikenali di kepulauan Balabac Philipina dan kepulauan Bangi, Sabah sebagai bahan untuk membuat ilmu pengasih dari minyak kayu Balabak.
Minyak pengasih dijadikan oleh orang-orang tertentu sebagai, seri muka, pelaris perniagaan, membawa rezeki, ilmu penunduk, dan sebagai cara untuk memikat wanita yang disukai.
Sebelum menceritakan bahayanya ilmu pengasih kayu Balabak, kita cuba menerangkan misteri minyak pengasih setakat di ketahui.
Minyak Pengasih Kayu Belabak
Jika di Semenanjung, minyak pengasih yang terkenal adalah minyak dari suku kaum Asli iaitu minyak Cenuai. Minyak ini sukar untuk diperolehi kerana hanya kaum orang Asli sahaja yang mengenali pokok ini.
Selain itu, kaum Melayu juga memiliki warisan minyak kayu pengasih dari pokok yang dikenali sebagai Bulu Perindu, walau begitu minyak ini juga amat sukar untuk diperolehi kerana pokok ini berada di hutan belantara dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengenali pokok ini.
Semasa saya tinggal di negeri Pantai Timur, seorang kawan Melayu pernah menunjukkan rupa bentuk Bulu Perindu yang ditanamnya di dalam pasu kepada saya. Melalui pengamatan saya, ianya seperti buluh biasa tetapi hanya sehalus seperti lidih kelapa. Walaubegitu, saya tidak mengetahui adakah ianya benar atau sebaliknya.
Terdapat ilmu pengasih dengan hanya menggunakan ayat tertentu sahaja, ianya sebenarnya lebih kepada sihir kerana dengan menggunakan beberapa ayat tertentu, individu yang menggunakan ilmu ini mampu memikat hati perempuan yang disukainya.
Ilmu pengasih dengan menggunakan asap rokok pula, digabungkan dengan ayat sihir untuk memikat wanita.
Jika dilihat melalui suku-suku kaum di Nusantara, terdapat pelbagai jenis ilmu pengasih yang anda. Malah, sains juga tidak dapat merungkai misteri ini kerana ianya adalah dari unsur mistik dan sukar dijelaskan dengan pemikiran normal.
Minyak pengasih yang kelihatan menakutkan adalah minyak Dagu kerana dikatakan minyak ini berasal dari mayat yang dikeringkan dan minyak yang keluar dari dagu si mati akan dijadikan sebagai minyak pengasih.
Kayu Balabak juga memiliki bahaya yang tersendiri kerana, kayu ini tidak boleh dibawah keluar dari pulau Balabac kerana jika anda membawa keluar kayu ini, akan terjadinya ribut, petir dan sebagainya.
Menurut cerita dari kaum Molbog, jika anda membawa keluar kayu balabak dari pulau tersebut, akan berlakunya ribut, dan pelbagai musibah yang berlaku keatas diri anda.
Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kebanyakan orang yang membawa keluar minyak pengasih dari pulau tersebut dengan hanya membawa minyak dari kayu Balabak itu sahaja.
Pemakai minyak pengasih balabak mampu menawan sesiapa sahaja wanita yang  disukainya dengan hanya mencalitkan sedikit minyak di tangan dan harus meletakkan minyak tersebut ke mana-mana bahagian badan wanita.
Keampuhan minyak boleh dilihat selepas  beberapa minit sahaja selepas wanita tersebut terkena  minyak balabak.
Sebenarnya, orang yang memiliki minyak Pengasih yang asli tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun dia memiliki minyak ini.
Wanita yang terkena  minyak Balabak seolah-olah  dipukau  dan melihat  lelaki  yang memiliki minyak ini amat tampan dan pada  masa yang  sama, akan  jatuh  cinta  dengan  lelaki  tersebut.
Wanita ini akan hilang  arah tujuan, merasa bingung, dan  tidak  mengetahui  mengapa  dia sukakan lelaki  tersebut. Perempuan ini akan menangis-nangis dan akan merayu akan mengikuti anda sehingga sanggup diperlakukan apa sahaja.
Walaupun begitu, kehebatan minyak pengasih Kayu Balabak tidak akan bertahan lama dari segi nasib kerana walaupun anda mampu memikat sesiapa sahaja wanita, nasib anda akan mengalami sial atau nasib malang kerana, rezeki dari sudut wang dan apa sahaja pekerjaan tidak akan menyebelahi anda.
Walaupun tidak diketahui kebenaran ini kerana ia hanyalah cerita dari mulut.
Kesimpulannya, penggunaan minyak pengasih tidak mendatangkan banyak kebaikan tetapi hanya mendatangkan keburukan dimasa akan datang.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan penceritaan dari masyarakat dan sekadar perkongsian ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama.
Semoga memberi manfaat.
Sumber artikel: sentiasapanas.com