Jumaat, 28 September 2018

Minyak Anaknakan Song (Sejenis).


Assallamuallaikum.Minyak Pengasih terbaru ini, saya dapatkan dari pengamal yang sama yang meramu Minyak Pengasih Raja Dayak.Telah diolah sebagai asbab memikat pasangan Sejenis dan bukannya lawan jenis.Dan telah diramu bersama bahan-bahan langka yang terpilih dari tanah Kalimantan.Dipasak sekali bersama dengan Khadam pedamping minyak tersebut,untuk menjaga khasiatnya agar tidak pudar.
  Nama minyak ini Minyak Pengasih Anaknakan Song mengikut istilah Dayak Benuaq.Tentang khasiatnya sedia maklum hanya digunakan untuk memikat Pasangan Sejenis dan bukan lawan jenis.Jadi harap maklum sebelum menebusnya kelak.Beza dengan Minyak Sejenis yang sebelum ini, sebab tahapnya yang tinggi dan ramuannya juga berbeza, jadi janngan ditanya kenapa maharnya tinggi.Cara guna dan penjagaannya,akan saya sertakan dan ajar selepas ditebus dan pindah milik kelak.Inshaallah.
Mahar Tebus:RM1880.00
(Nota/Gambar dibawah ialah induknya)


Selasa, 17 Julai 2018

Serbuk Namanprai (Siam)

Assallamuallaikum.
Serbuk Penunduk ni jenis dalam golongan Keras & Langka juga,sebab bahan-bahannya dari sumber yang Keras, sesuai dengan khasiatnya sebagai Penunduk dan Pengikat Kasih Sayang antara Pasangan Lawan Jenis & Sejenis.
  Item ini berasal dari negara Siam @Thai,saya dapatkan dari pengamalnya sendiri yang mahir dalam bidang ini.Bahan asasnya dari Abu Mayat yang telah diritualkan dicampur bersama Minyak Namanprai yang juga telah diritualkan sekali agar serasi.
  Tentang cara penjagaan & cara guna pakai akan saya sertakan pada penebus kelak.Kuantiti untuk item ini terhad,cuma dibuat atas permintaan dari penebus.Khasiatnya seperti saya nyatakan diatas tadi.Lebih kepada Penunduk,Pengikat Pasangan Lawan Jenis & Sejenis.
   
     Mahar Tebus:RM990.00



Ahad, 15 Julai 2018

Minyak Pusaka Semar Mesem.

Assallamuallaikum.
Minyak Pengasih terbaru saya dapat dari pengamal saya,iaitu Minyak Semar Mesem.Selalunya biasa kita dengar tentang Keris Semar Mesem saja,cuma kali ini beza sikit.Yang ini bukan Keris Semar,tapi Minyak Semar Mesem.
   Biasanya watak Semar Mesem ini ada dalam cerita penglibur lara & dalam watak wayang kulit.Minyak ini berasal dari Kepulauan Jawa,memang sesuailah tempat asalnya disana.Diikutkan usia minyak ini dah berabad lamanya disimpan oleh keterunan pengamal itu sendiri.Sesuai juga untuk digunakan sebagai Minyak Pelet dengan cara mencalit pada yang dituju.
  Dan minyak ini juga berkhadamkan Semar Mesem itu sendiri sebagai penjaga minyak tersebut.Tentang khasiatnya pula,akan saya jelaskan dibawah.
  Berikut tentang khasiatnya:
   Pengasih Umum.
   Pengasih Khusus.
   Pengikat Pasangan yang Ampuh.
   Penunduk Kata.
   Pembungkam Kata.
   Pembungkam Hati.
   Pelaris Kedai.
   Pelaris Jualan.
   Kharisama Diri/untuk Lelaki.
   Anggun Persona/untuk wanita.
   Mengeratkan kasih sayang antara        pasangan.(suami & isteri).

   Dan banyak lagi khasiatnya yang lain,semua akan dirasai oleh penebusnya kelak.Cara guna dan penjagaannya,akan saya jelaskan selepas ditebus & pindah milik.Inshaallah.
  
Mahar Tebus:RM440.00





Ahad, 8 Julai 2018

Minyak Sari Duyung.

Assallamuallaikum.
Minyak Pengasih Sari Duyung ini berasal dari Tanah Jawa yang baru saya dapatkan dari pengamalnya.Dan dimaklumkan Minyak Pengasih ini sudah berusia Ratusan Tahun lamanya,dan dijaga oleh pengamalnya sekarang dari Generasi yang ke 5. dimaklumkan bahan asas dari Minyak ini berasal dari Duyung Betina seperti yang dimaklumkan oleh pengamalnya.Info dan Detail tentang cara pengamalnya meramu Minyak ini dengan cara menapai untuk mendapatkan Minyaknya.Seperti dimaklumkan oleh pengamalnya sekarang.Sebab Minyak Pengasih ini adalah Minyak Turun Temurun.
  Khasiat Minyak ini tujuannya serbaguna 1001 khasiat.Seperti membuka Aura Diri dan Tubuh badan,untuk wanita pula menaikkan Anggun Persona & kepada lelaki pula untuk menaikkan Kharisma Diri,Pengikat Pasangan & Penunduk Kata.
Boleh juga digunakan sebagai Pelaris Kedai @ Jualan.Inshaallah...Dan khasiat yang lain akan dirasai sendiri oleh penebus.Minyak Pengasih Sari Duyung ini mempunyai Khadam @ Penjaganya yang berupa seorang Puteri Alam Laut,yang akan berdamping dan menjaga khasiat minyak tersebut.Minyak ini mempunyai Aura yang Sejuk dan lembut.Jadi sesuai lah dengan khasiatnya seperti dinyatakan di atas.Cara pengunaan,akan saya maklumkan selepas ditebus kelak.
  
    Mahar Tebus:RM660.00



Minyak Tuju-Tuju Mahaphoot(Siam)

Assallamuallaikum...
Sejenis Minyak Pengasih Tahap Tinggi yang berasal dari SIAM @ THAILAND.
Boleh dikatakan dalam jenis yang Keras & juga jenis Langka.Sebab apa saya katakan begitu,sebab Pengamalnya mengunakan bahan-bahan dari Saripati Mayat.Dan hanya bahagian penting saja yang diambil oleh pengamalnya untuk diproses dijadikan sebagai Minyak. Minyak ini sememangnya Popular di negara yang saya nyatakan tadi.
  Namun Minyak ini bukan Minyak Dagu,sebab Minyak Dagu.Minyak yang diperolehi oleh pengamal hanya dibahagian Dagu Mayat,termasuk beberapa helai rambut sebagai ramuannya.
  Cara pengunaan Minyak ini cukup mudah.Cuma baca mantera yang akan saya sertakan sekali pada penebus,kemudian niat dan calit pada yang dituju.Tak perlu pakai pada diri sendiri.Cukup simpan dalam kocek baju untuk menaikkan Aura Keyakinan,Persona & Kharisma Diri.
  Cara penjagaan dan pantang akan saya maklumkan selepas ditebus.Boleh juga digunakan untuk Pasangan Sejenis & Lawan Jenis.Dan diingatkan sekali lagi Minyak ini tergolong dalam jenis yang Keras dan Langka.Jadi jangan dibuat untuk tujuan suka-suka.
  
   Mahar Tebus:RM770.00





Sabtu, 30 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Wafak Tambang Liring

Artikel kali ini tentang Azimat Timbang Liring.Azimat ni sangat popular di daerah Kalimantan,Azimat ni juga seperti Wafak.
Yang membezakan Wafak Tambang Liring ini adalah Dakwat yang digunakan dan Rajahnya juga berbeza,termasuk fungsi dan khasiatnya.Pengamalnya disebut sebagai Dalang,macam Dalang Wayang Kulit yang selalu kita dengar.Atau Tok Dalang.
  Kebanyakkan Wafak ini bermotifkan dari Rajah @ Watak dari wayang kulit yang selalu kita tengok.Dan Watak tadi sinonim dengan Bangsa Jawa.Alas untuk menghasilkan Wafak @ Rajah tadi pengamalnya akan gunakan Kulit Kijang @ Kulit dari pokok kayu.Dan ada sumber lain sebelum ini mengatakan pernah mengunakan dari kulit Manusia.Wallahuallam.
  Dakwatnya pula dari Darah Haiwan @ Manusia.Ada jugak yang menggunakan dari dakwat berupa minyak.
  Tentang khasiatnya pula bergantung pada bentuk Wafak,Rajah & Watak dalam Azimat Tambang Liring tadi.Mengikut kesesuaian dan permintaan dari pihak penebus pada pengamal.Kebanyakkan untuk Pengasihan,Pelaris Kedai,Dan ada juga untuk Perlindung diri dari musibah.
  Setakat itu dulu perkongsian kali ini.Dibawah adalah gambar Wafak Timbang Liring.

Sumber gambar dari Google.





Selasa, 19 Jun 2018

Pugai Mani Gajah Asli.

Assallamuallaikum...
 Pugai Mani Gajah Asli saya dapatkan dari pengamalnya sendiri.Ada yang jenis beku seperti Batu,jenis seperti itu selalu dibuat Batu cincin dan memiliki aura tarikannya yang tersendiri...Wallahuallam...
  Dan yang ini adalah dari jenis cair,jenis seperti ini yang paling susah mendapatkannya berbanding yang jenis beku.Mani Gajah ini berasal dari Kalimantan Dan tentang khasiatnya memang sedia maklum tentangnya untuk tujuan pengasihan dan pengikat pasangan yang ampuh,serta memiliki daya tarikan yang sesuai dibuat sebagai pelaris diri  ataupun kedai.jadi perlu saya nyatakan dibawah.Cara guna pakai akan saya maklumkan selepas anda tebus dari saya.
  Dan sepekara lagi,Mani Gajah ini bersifat hidup dan pada waktu-waktu tertentu akan bertambah sendiri bila Bulan Penuh,seperti yang diceritakan oleh pengamalnya sendiri.Tapi bukan semua yang terpilih.Dan selalunya ikut atas orang yang dapat.Wallahuallam...
    
    Mahar Tebus:RM330.00


Sekadar Perkongsian/Meramu Minyak.

Asalamualaikum & Salam Sejahtera pada semua pengunjung Blog Pengikatpasangan.
Kali ini saya nak buat artikel tentang Minyak Pengasih,tujuan utama artikel ini adalah untuk memudahkan urusan penebus dengan pemahar.Sebelum tu kita kena tau apa itu Minyak Pengasih.Minyak Pengasih ni kalau diikutkan dan didifinisi kan sebagai sesuatu item yang mempunyai tarikannya yang tersendiri & kebanyakkan nama-nama minyak ini diambil mengikut daerah masing² @ Negara masing².Jadi tak semua Minyak Pengasih ni berbentuk "Streotype",maksud saya bentuk Streotype tadi adalah fungsinya tak semua sama dan cara meramunya pun berbeza.Bergantung pada bahan² & ramuannya tadi.
   Kebanyakkan Minyak Pengasih tadi diramu dengan sumber alam,contoh.Seperti dari ramuan Bunga,Herba & Akar kayu.Semua bahan² tadi dipilih sendiri oleh pihak pengamal,maknanya hanya yang terpilih saja akan di ambil untuk diramu menggunakan kaedah tradisional.Selepas itu akan diritualkan minyak tadi.Disini saya nak jelaskan maksud "Ritual Minyak".
Maksudnya?akan diisi dengan isian Kebatinan seperti dibaca dengan Surah² tertentu dari Ayat Al-quran,dan ada juga yang diisi dengan Mantera² tertentu dan dimasukkan berupa isian Mahluk Ghaib sebagai pedamping Minyak tadi.Tujuannya adalah untuk menambahkan Kekuatan Minyak Pengasih tadi supaya kekal didalam khasiatnya.Bergantung pada pengamal itu sendiri meramu dengan kaedah yang diguna pakai.
  Satu lagi cara dengan bersumberkan dari Haiwan.Seperti Air Mani Gajah yang cair @ berbentuk Fosil ratusan tahun.Atau dari Burung² yang terpilih.contoh macam burung Cenderawasih yang popular dari kalangan pengamal.Dan dari Haiwan yang bernama Kongkang,Haiwan ni dah nak pupus dah rasanya.Dan banyak berada dalam Hutan didaerah kepulauan Borneo & Kalimatan.Dan cara meramu Minyak ni hampir sama dengan kaedah yang saya jelaskan diatas tadi.Sekadar ringkasan semata.
  Dan cara menghasilkan Minyak Pengasih bersumberkan dari Mayat.Cara ini selalu diparitikal kan dinegara Thai,Cambodia & Vietnam.Dan kebanyakkan item² ini semua boleh didapatkan dalam WAT,WAT ni tempat sembahyang dorang lah,maksudnya Kuil @ Temple.Kalau sesiapa yang pernah kesana paham lah WAT tu apa dia.
  Yang paling popular Minyak Dagu.Bahan utamanya tentulah dari Mayat.Dan cara nak dapatkan Minyak ini prosesnya agak keterlaluan jugak lah,sebab mayat tadi akan dilayar dengan api dibahagian dagunya untuk mendapatkan minyak.Selalunya hanya Mayat² yang terpilih saja akan diritualkan,bukan tangkap muat je.Sebab ada Spec & Gred.Dan kebanyakkan tentulah mayat dari Perempuan.Seperti mayat perempuan bersalin,perempuan mati kene rogol @ yang bunuh diri.Ada juga yang bersumberkan dari Abu Mayat,Rambut @ bahagian² lain dari Mayat tadi yang diambil dan diritualkan dan diolah menjadi Minyak Pengasih & Tangkal Azimat.
  Cukuplah setakat ni dulu perkongsian kali ini.Nanti akan menyusul Artikel yang lain.

Jumaat, 8 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Jenglot @ Batara Karang

Mahluk yang bernama Jenglot yang  berasal dari Negara Seberang,iaitu dari Indonesia.Mahluk ni sebenarnya apa?Jenglot ni bukan lah sejenis mahluk,tapi sejenis Patung yang dibuat dengan kulit,tulang,rambut & daging yang berasal dari binatang @ sumber lain.Dijadikan dalam bentuk Figura berupa mahluk yang boleh dikatakan jelik & menyeramkan jugak lah,seperti yang anda semua lihat dalam google.
  Apa faedahnya menyimpan Figura Jenglot ni?Faedahnya bagi sesiapa yang mengetahuinya akan khasiatnya yang terkandung di dalam Jenglot tadi.Hampir sama dengan khasiat Anak Krok @ Kumanthong yang berasal dari Thai @ Cambodia.Bende ni ibarat macam orang suruhan @ khadam.Dalam ertikata lain,disuruhnya lah buat kerja secara Mistik,atau untuk melindungi harta bende Tuan punya jenglot ni tadi.
   Setahu aku,bende alah ni perlu dijamu pada hari² tertentu sebagai makanannya,sebab ape perlu dijamu?sebab Figura Jenglot tadi bukan lah Figura semata.Disebabkan telah dimasukkan semangat tertentu oleh pengamal yang berkebolehan,dalam ertikata lain,mahluk tu adalah JIN.Tentang makanannya aku tak pasti pulak,sebab aku tak membela bende alah ni.
   Dan kemungkinan ada dibuat perjanjian antara pemilik Jenglot ni sebagai timbal balik,mcm pro & con lah.
  Setakat itu dulu info tentang Figura Jenglot ni.





Isnin, 4 Jun 2018

Sekadar Perkongsian/Anak Krok @ Kumantong.

Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.
Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk xxxxxx untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk xxxxxx
Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaiai, kelambu nyamuk, bantal,tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.

(Gambar/sumber google)


Rabu, 30 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/Kelebihan Bismillah.

KELEBIHAN BISMILLAH...
Hari ini saya nak berkongsi kelebihan Bismillah, kalau kita amalkan cukup besar fadilatnya.
Saya suka bercerita benda yang mudah dan ayat yang pendek agar ia mudah difahami serta senang di amalkan.
Kalau saya berkongsi doa-doa yang panjang mungkin mereka sukar untuk menghafalnya, oleh sebab itu saya suka menceritakan benda yang ringkas kepada umum.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, adalah dalam bahasa Melayu, ayat ini adalah doa yang asas dalam semua permulaan perkerjaan yang hendak kita lakukan.
Kalau dapat kita menyatukan perkataan ini dalam hati, kita akan merasa rendah diri daripada ego kerana kita bersifat hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan rahmat dari Allah untuk dibelas kasihan dalam apa sahaja perbuatan didunia ini.
1). Kalau seluruh keluarga kita membaca kalimat ini sebanyak 21 kali sebelum tidur setiap hari, Allah tidak akan izinkan sebarang pencuri serta orang jahat untuk mengganggu keluarga kita pada setiap waktu, miskipun sebarang penyakit untuk menyerang kita.
2). Kalau dibaca kalimat ini sebanyak 786 kali pada segelas air putih pada malam hari, kemudiannya pada harinya ketika matahari terbit, lalu air tadi diberi minum kepada anak, In Sha Allah otak anak kita akan menjadi cergas (lakukan seminggu sekali) kerana bacaan itu.
3). Kalau dibaca huruf kalimat ini sebanyak hurufnya ( iaitu 786 kali) pada mangkuk atau pinggan air lalu di beri minum kepada orang yang dikasihinya, maka orang itu akan mencintainya kerana bacaan itu.
4). Kalau dibacakan kalimat ini sebanyak 50 kali ketika hendak bertemu dengan orang yang zalim maka orang yang zalim itu akan merasa gentar dan malu kerana bacaan itu.
5). Kalau dituliskan kalimat ini sebanyak 101 kali pada kain putih atau kertas putih lalu dimasukkan ke dalam botol yang bersih, lalu ditutup kemudian ditanam di tengah ladang atau sawah, In Sha Allah tanamannya akan selamat daripada haiwan dan manusia yang ingin merosakkan tanaman kita ataupun kecurian, kerana berkat tulisan itu.
Sumber:/Fb Ustaz Rosdi.

Selasa, 29 Mei 2018

Sekadar Perkongsian/AMALAN MANDI EMBUN.

AMALAN MANDI EMBUN PAHLAWAN MELAYU
Amalan mandi embun pendekar zaman dulu mungkin banyak menyimpan rahsia yang tersembunyi.
Selalunya amalan ini digabung bersama tatacara yang lain bagi tujuan yang sama iaitu meningkatkan kualiti tenaga diri. Tenaga diri ini ada beberapa makamnya, antaranya;
i. Makam jasmani – meliputi kulit, otot, sendi, tulang, darah dan organ-organ tubuh.
ii. Makam naluri – iaitu zon shodr (fikiran) dan qalb (perasaan/qalbu).
iii. Makam ruh – zon fuad (ruhul insani/spirit) – bahagian alam diri yang dalam.
'Embun' merujuk kepada air yang terhasil dari wap-wap udara (gas) yang berlaku tatkala berada dalam masa atau keadaan tertentu. Pada alam, ia berlaku pada subuh hari yakni semasa alam berada di antara dua keadaan iaitu gelap dan terang (zon peralihan).
Zon masa ini, menyimpan tenaga potensi yang banyak. Sifat embun (air) mampu merakam potensi-potensi tenaga ini. Jadi, amalan mandi air embun adalah seumpama proses memindahkan tenaga potensi yang tinggi dari alam ke sistem tubuh.
Liang roma akan merakam getaran tersebut dan menghantar isyarat secara keseluruhan ke saraf-saraf utama dan merangsangkan kelenjar bagi menghasilkan hormon tubuh yang seimbang.
Suasana suhu waktu subuh yang nyaman dan SEJUK pada getaran ultra violet, violet dan indigo amat akrab dengan frekuensi operasi sistem otak.
Keadaan dalam tubuh di awal pagi (subuh) tatkala suhu luarnya sejuk tadi; akan berusaha mengekalkan suhu PANAS bagi setiap organ.
KOORDINASI panas dan sejuk ini melengkapkan keseimbangan keduanya. Dalam hukum thermo dinamik, tubuh harus berjalan secara isothermis, barulah enzim-enzim dapat berkerja.
Dan tatkala tubuh (yang berusaha menahan sejuk/dingin pagi) disirami air embun (yang sejuk), TINDAKBALAS dalaman akan berlipat ganda demi terus mengekalkan suhu dalaman tubuh sekitar 36°C.
Adakalanya tubuh menggeletar bagi menghasilkan HABA demi mengekalkan suhu dalaman tubuh.
Provokasi atau tindakan ini MENJANAKAN KECEKAPAN tenaga dalaman tubuh. Dalam ilmu bio-energi kuno, ia menjanakan *HARA tubuh, merangsang *KUNDALINI, menjanakan buka-tutup pintu makam tenaga tubuh (chakra) dan sebagainya.
Biarpun pada awalnya tubuh agak terkejut dan bertindakbalas secara auto menstabilkan suhu tubuh, AMALAN yang berterusan bakal MELATIH tubuh untuk menjadi semakin MANTAP dan CEKAP mengendalikan aliran HARA, KUNDALINI dan tenaga keseluruhannya.
Ini lama kelamaan akan membentukkan sebuah KUALITI LUAR BIASA terhadap tubuh tersebut yang kelak bakal menjadikan PENDEKAR itu HEBAT jiwanya dan lahiriahnya (tatkala digabungkan dengan beberapa teknik lain seperti pernafasan, amalan diet/puasa, meditasi, muraqabah, zikrullah, doa-doa tertentu dll).
Walau bagaimanapun, amalan ini telah hilang ditelan zaman akibat sulitnya pengamalan yang TEPAT untuknya serta telah disalahgunakan. Lalu, ianya tidak lagi dikongsi secara terbuka untuk generasi muda.
Bagi pengamal kerohanian, embun simbolik kepada zat suci yang menyimpan tenaga kerohanian yang suci dan tinggi. Ia mampu menjernihkan SHODR, QALB dan FUAD agar mencapai kecerahan alam diri yang tinggi.
Wallahua'lam..
* KUNDALINI merupakan tenaga terpendam yang dimiliki oleh semua manusia dalam bentuk tenaga kerohanian dan terletak di dasar tulang belakang yang melingkar seperti ular yang sedang membelit mangsanya. Berfungsi untuk membangkitkan kesedaran serta tenaga dan kemampuan anda yang terpendam dan juga berfungsi sebagai penghubung 7 chakra utama yang ada di dalam tubuh anda.
Jika seseorang telah mampu membangkitkan kundalininya, maka ia akan memiliki pemikiran genius, cerdas, ketahanan tubuh yang kuat dan dikatakan mampu memiliki kekuatan mistik.
* HARA = zat mineral yang diperlukan oleh tubuh
Sumber:
1. Mir Hazil Hazran Ramli
2. perisianminda.blogspot
3. kundaliniawakening123.blogspot

Rabu, 25 April 2018

Ibu Minyak

Assallamualaikum...
Ini adalah sebahagian dari Ibu Minyak Pengasih dan Penunduk yang telah diramu dan telah sempurna isi kandungannya serta khasiatnya.Inshaallah...
Dan gambar ini hanya sebahagian daripadanya,sebenarnya ada banyak lagi.Cuma saya upload sebagai rujukkan pada penebus sekalian.Dan untuk makluman semua,gambar-gambar ini semua dapatkan dari pengamal saya sendiri.








Ahad, 22 April 2018

Minyak Raja Kemeyan.

Assallamuallaikum...
Minyak penunduk terbaru yang ini saya dapatkan dari pengamal yang sama meramu minyak Pengasih Seri Rampai.
Telah diramu bersama Raja Kemeyan,dan untuk pengetahuan Kemeyan jenis ini pengamalnya ambil di dalam Hutan sekitar Kalimantan,nama daerah pengamalnya tidak nyatakan dimana.
Dan Minyak ini telah diadun bersama beberapa jenis bahan yang lain untuk melengkapkan ramuannya hingga sebati.
Dan telah ditapa didalam busut jantan bersama cengkerang belangkas hitam selama 3 minggu lamanya,kemudian baru dimasukkan khadam pedamping kedalam minyak penunduk ini supaya serasi.Kegunaan minyak ini sememangnya khas untuk Penunduk,dan cara pengunaannya akan saya maklumkan selepas ditebus.

Mahar Tebus:RM220.00


Minyak Seri Rampai

Assallamuallaikum...
Minyak pengasih yang terbaru dan tahap mampu milik bagi penebus sekalian.Minyak pengasih ini saya dapatkan dari seorang pengamal yang mahir.Ramuannya untuk meramu minyak pengasih ini diambil di dalam hutan di daerah Kalimantan,dan kebanyakkan bahan-bahannya semua berasal dari sana.
  Proses membuatnya mengambil masa 7 minggu,kerana bahan-bahannya susah didapati,dan ada pantang larangnya yang perlu pengamal sendiri ikuti semasa meramu minyak pengasih ini.Telah dimasukkan isian kebatinan Pengasihan dan Penunduk,dan telah diisikan Khadam pedamping kedalam minyak pengasih ini sekali.Sesudah semuanya sebati,barulah dimaharkan pada penebus baru.


Antara khasiatnya:
Pengasih umum.
Pengasih khusus.
Penunduk.
Pelaris jualan.
Pengikat pasangan.
Persona diri.
Kharisma diri.


Mahar Tebus:RM220.00


Ahad, 18 Mac 2018

Minyak 13 Asbab.

Assallamuallaikum...
Minyak pengasih yg terbaru saya dapatkan dari pengamal yang mahir dan berpengalaman meramu minyak pengasih.Telah diisi beberapa jenis ramuan serta bahan yang lain untuk menserasikan kesemua ramuan tersebut.
  Dan cara untuk meramunya juga amatlah rumit,mengikut kata pengamalnya.Segala bahan-bahan tadi dijemur dahulu dibawah sinar Matahari supaya bahannya tadi kering secukupnya selama beberapa hari.Dan diembun kan pula dibawah sinar Bulan selama beberapa hari,untuk menyerap Aura Semangat Bulan tersebut.Wallahuallam....Dan apa yang pengamal saya maklumkan,terdapat 13 jenis bahan dan ramuan kering dari hutan,dan beberapa jenis Bunga Hutan serta Akar kayu untuk dijadikan kesemua bahan tadi sebagai Minyak Pengasih yang berkhasiat.inshaallah...
  Setelah kesemua bahan tadi yang telah dikeringkan dan diembunkan dengan sempurna,barulah ditanak didalam periuk tanah.Dan kesemua proses ini mengambil masa selama 44 hari lamanya.Dari proses mengeringkan,embun & hingga proses menanak Minyak pengasih tersebut.Dan minyak ini bersifat Alami tiada unsur Khadam dan bersifat Aura sejuk.Inshaallah....Dan dibotolkan dalam saiz 6ml kepada penebusnya.Antara khasiatnya akan saya nyatakan dibawah.

Pengasih umum.
Pengasih khusus.
Pengikat pasangan.
Penunduk.
Pelaris jualan.
Persona diri.
Kharisma diri.
Pendinding Sihir.

Mahar Tebus:RM280.00
 Nota:/Minyak Pengasih ini berasal dari pengamal yang meramu minyak pengasih Al-Asbab.Dan minyak ini adalah hasil penambah baikkan dari minyak Al-Asbab.Dan maharnya masih dikekalkan oleh permintaan pengamal.Terima kasih.


Ahad, 11 Mac 2018

Sekadar Perkongsian/Minyak Balabak.

Minyak pengasih memiliki banyak jenis mengikut geografi, adat, dan kebudayaan sesuatu bangsa. Jika di Sabah, minyak pengasih dikenali sebagai 'Pugai' dimana ianya terkenal sebagai ilmu untuk memikat wanita.
Kebanyakan pengamal ilmu pengasih akan menggunakan minyak kayu Balabak untuk tujuan dijadikan sebagai minyak kayu pengasih.
Kayu Balabak amat dikenali di kepulauan Balabac Philipina dan kepulauan Bangi, Sabah sebagai bahan untuk membuat ilmu pengasih dari minyak kayu Balabak.
Minyak pengasih dijadikan oleh orang-orang tertentu sebagai, seri muka, pelaris perniagaan, membawa rezeki, ilmu penunduk, dan sebagai cara untuk memikat wanita yang disukai.
Sebelum menceritakan bahayanya ilmu pengasih kayu Balabak, kita cuba menerangkan misteri minyak pengasih setakat di ketahui.
Minyak Pengasih Kayu Belabak
Jika di Semenanjung, minyak pengasih yang terkenal adalah minyak dari suku kaum Asli iaitu minyak Cenuai. Minyak ini sukar untuk diperolehi kerana hanya kaum orang Asli sahaja yang mengenali pokok ini.
Selain itu, kaum Melayu juga memiliki warisan minyak kayu pengasih dari pokok yang dikenali sebagai Bulu Perindu, walau begitu minyak ini juga amat sukar untuk diperolehi kerana pokok ini berada di hutan belantara dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengenali pokok ini.
Semasa saya tinggal di negeri Pantai Timur, seorang kawan Melayu pernah menunjukkan rupa bentuk Bulu Perindu yang ditanamnya di dalam pasu kepada saya. Melalui pengamatan saya, ianya seperti buluh biasa tetapi hanya sehalus seperti lidih kelapa. Walaubegitu, saya tidak mengetahui adakah ianya benar atau sebaliknya.
Terdapat ilmu pengasih dengan hanya menggunakan ayat tertentu sahaja, ianya sebenarnya lebih kepada sihir kerana dengan menggunakan beberapa ayat tertentu, individu yang menggunakan ilmu ini mampu memikat hati perempuan yang disukainya.
Ilmu pengasih dengan menggunakan asap rokok pula, digabungkan dengan ayat sihir untuk memikat wanita.
Jika dilihat melalui suku-suku kaum di Nusantara, terdapat pelbagai jenis ilmu pengasih yang anda. Malah, sains juga tidak dapat merungkai misteri ini kerana ianya adalah dari unsur mistik dan sukar dijelaskan dengan pemikiran normal.
Minyak pengasih yang kelihatan menakutkan adalah minyak Dagu kerana dikatakan minyak ini berasal dari mayat yang dikeringkan dan minyak yang keluar dari dagu si mati akan dijadikan sebagai minyak pengasih.
Kayu Balabak juga memiliki bahaya yang tersendiri kerana, kayu ini tidak boleh dibawah keluar dari pulau Balabac kerana jika anda membawa keluar kayu ini, akan terjadinya ribut, petir dan sebagainya.
Menurut cerita dari kaum Molbog, jika anda membawa keluar kayu balabak dari pulau tersebut, akan berlakunya ribut, dan pelbagai musibah yang berlaku keatas diri anda.
Oleh itu, untuk langkah keselamatan, kebanyakan orang yang membawa keluar minyak pengasih dari pulau tersebut dengan hanya membawa minyak dari kayu Balabak itu sahaja.
Pemakai minyak pengasih balabak mampu menawan sesiapa sahaja wanita yang  disukainya dengan hanya mencalitkan sedikit minyak di tangan dan harus meletakkan minyak tersebut ke mana-mana bahagian badan wanita.
Keampuhan minyak boleh dilihat selepas  beberapa minit sahaja selepas wanita tersebut terkena  minyak balabak.
Sebenarnya, orang yang memiliki minyak Pengasih yang asli tidak akan memberitahu kepada sesiapa pun dia memiliki minyak ini.
Wanita yang terkena  minyak Balabak seolah-olah  dipukau  dan melihat  lelaki  yang memiliki minyak ini amat tampan dan pada  masa yang  sama, akan  jatuh  cinta  dengan  lelaki  tersebut.
Wanita ini akan hilang  arah tujuan, merasa bingung, dan  tidak  mengetahui  mengapa  dia sukakan lelaki  tersebut. Perempuan ini akan menangis-nangis dan akan merayu akan mengikuti anda sehingga sanggup diperlakukan apa sahaja.
Walaupun begitu, kehebatan minyak pengasih Kayu Balabak tidak akan bertahan lama dari segi nasib kerana walaupun anda mampu memikat sesiapa sahaja wanita, nasib anda akan mengalami sial atau nasib malang kerana, rezeki dari sudut wang dan apa sahaja pekerjaan tidak akan menyebelahi anda.
Walaupun tidak diketahui kebenaran ini kerana ia hanyalah cerita dari mulut.
Kesimpulannya, penggunaan minyak pengasih tidak mendatangkan banyak kebaikan tetapi hanya mendatangkan keburukan dimasa akan datang.
Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan penceritaan dari masyarakat dan sekadar perkongsian ilmu pengetahuan untuk perkongsian bersama.
Semoga memberi manfaat.
Sumber artikel: sentiasapanas.com

Sekadar Perkongsian/Bulu Perindu @ Janggut Adam.


Minyak buluh perindu @ Minyak pengasih
Minyak Bulu Perindu Laki & Bini
Orang luar Kalimantan selalu bertanya tentang “Bulu Perindu” untuk membuat orang supaya jatuh hati dengan kita.Untuk itu admin melakukan ekspedisi kepada seorang Belian Dayak Benuaq untuk melihat dan bertanya sedikit tentang apa itu “Bulu Perindu”.Anda boleh untuk percaya atau tidak – dan ingat kami disini bukan membuka lapak jualan minyak bulu perindu!!!!!
Perlu diketahui dahulu Bulu Perindu dan Buluh Perindu adalah dua hal yang berbeza, namun orang sering menganggapnya dua hal yang sama.Buluh perindu adalah bambu langka yang didalamnya terdapat semacam serat keemasan.Sedangkan Bulu Perindu adalah seperti rumput yang jika terkena air ia bisa bergerak-gerak.Tidak semua bulu perindu dapat dijadikan sebagai media ilmu perkasih atau penunduk.Namun konon Bulu Perindu ini bisa dijadikan ubat yang dalam istilah awamnya “angin duduk” – namun kali ini kita khusus saja membahas Bulu Perindu sebagai media perkasih.
Bulu perindu sebagai media perkasih, ia harus dibuat didalam bentuk minyak, minyak bulu perindu ini ada yang “LAKI” dan “BINI” atau laki-laki dan perempuan.Didalam minyak ini ada “GANA” atau “SEMENGET” yang mesti dipanggil oleh sang pemilik minyak ini sebelum ia menggunakannya. Dalam penggunaanya ada mantera yang harus diucapkan sebagai bentuk niat hajatnya kepada seseorang yang disukai atau hendak ditundukannya.Penggunaan minyak bulu perindu ini menurut sang Belian Dayak Benuaq ini bukan digosokan kepada orang yang kita tuju, tetapi digosokan dibagian tertentu pada tubuh si pemakai.Sehingga setiap kali orang yang disukainya melihatnya maka hari demi hari akan muncul rasa kasih sayang atau suka.
Ritual Manyalin Minyak Bulu Perindu
Ritual Manyalin Minyak Bulu Perindu
Minyak Bulu Perindu tidak bisa digunakan oleh orang lain yang bukan pemiliknya atau keturunannya, minyak ini bisa didapatkan dengan cara “MANYALIN” atau istilahnya memaharkan bukan dalam bentuk uang.Ada ritual tertentu yang dilakukan untuk bisa mendapatkan bagian dari minyak ini. Setelah menyalin minyak ini, maka orang tersebut harus belajar bagaimana cara memanggil NAMA atau SEMANGAT dari minyak tersebut dan tata cara penggunaannya.Walaupun anda sudah memiliki minyak ini tetapi tidak tahu NAMA dan SEMANGAT tidak tahu tata cara penggunaannya maka minyak ini hanya akan jadi minyak biasa saja.
Belian untuk membuat Minyak Bulu Perindu  menjadi asisten Belian untuk membuat Minyak Bulu Perindu
Pada kesempatan ini juga kami mendokumentasikan prosesi manyalin minyak bulu perindu ini.Namun sebenarnya dalam ilmu Dayak bulu perindu bukanlah minyak perkasih yang istimewa, ada banyak jenis minyak perkasih yang biasa digunakan.Sebenarnya tujuan awal minyak-minyak ini bukanlah untuk menarik atau mempermainkan lawan jenis, tetapi digunakan untuk berusaha atau berbisnes, supaya orang lain menjadi suka dengan kita atau tempat dagangan kita.
Selain Kaum Iban Sarawak dan Kalimantan sebenarnya juga daerah lain juga kenal Minyak Bulu perindu ini, seperti di Suku Anak Dalam Sumatera, namun konon Minyak Bulu perindu yang ada di Kalimantan adalah minyak tertuanya.Menurut beberapa sumber mitosnya, awal minyak ini diambil dari sarang burungelang tua yang dijaga 7 makhluk gaib, awalnya bulu perindu itu sengaja dicari induk elang untuk menjaga sarang & anak-anaknya waktu si induk pergi jauh mencari makan. Maka buluh perindu sebenarnya adalah simbol kasih sayang.
Article ini diambil dr Folks of Dayak...

Khamis, 22 Februari 2018

Minyak Tahluk Jagat.

Assallamuallaikum...
Minyak Penunduk terbaru saya dapatkan dari pengamal yang mahir meramu minyak ini.Telah diadun dan diramu bersama bahan-bahan terpilih dan telah dimasukkan bersama mantera Penunduk dan Penahluk untuk memberi kesan pada permakai dan minyak tersebut agar betul-betul serasi.Dan telah ditapa diatas busut jantan selama beberapa ketika untuk menguatkan lagi isiannya.Setelah sempurna,barulah dimaharkan pada penebus yang baru.Minyak ini khas untuk Penunduk dan bukan seperti Minyak Pengasih yang lain saya maharkan sebelum ini,Lebih pada Penunduk,Penahluk dan Pembungkam kata.Maknanya sesuai untuk menundukkan sesiapa saja dengan menggunakan minyak ini.Inshaallah....Cara penggunaan akan disertakan selepas ditebus kelak.


Mahar Tebus:RM270.00

Selasa, 20 Februari 2018

Minyak NilamSari

Assallamuallaikum...
Minyak Nilamsari ini adalah minyak yang terbaru saya dapatkan dari pengamal.Telah diramu Bersama 7 jenis pati Bunga Hutan,Akar Simpul & Organ dalam dari Belangkas Hitam.Dimasak dan diramu selama beberapa minggu sebelum ditapa diatas Busut Jantan selama 7 minggu lamanya.Amat susah meramunya minyak tersebut,disebabkan bahannya susah didapati dan amat jarang dijumpai.Wallahuallam....Dan ditambah lagi bersama isian pengasihan dan penunduk,Kemudian diisi bersama khadam berupa pari-pari...Barulah sempurna segala isian tadi dan siap untuk dimaharkan pada penebus sekalian.Inshaallah...mempunyai khasiat pelbagai,cuma niatkan saja atas keperluan yang diinginkan.Jadi tak perlu saya nyatakan lagi akan khasiatnya dibawah.Sebab khasiatnya Pelbagai Guna dan tujuan bagi penebus baru...Barang terhad kepada penebus baru,cuma ada beberapa botol saja pada pengamal.

Mahar Tebus:RM660.00





Minyak Paku Hati.

Assallamuallaikum..
Minyak Pengasih yang terbaru saya dapatkan dari pengamal saya.Telah diramu bersama 7 jenis pati Bunga Hutan berlainan warna,Dan hanya patinya saja yang diambil dan dicampur bersama bahan-bahan yang lain untuk menserasikan segala isian dan mantera pengasihan dan penunduk.Lalu ditapa dibawah sinar Pelangi dan dibawah sinar Bulan Penuh,untuk beberapa ketika.Setelah siap ditapa dan diserasikan dengan semua bahan dan mantera tadi hingga selesai,barulah boleh dimaharkan pada penebus baru.Dan minyak pengasih ini sesuai untuk golongan Wanita,sebab daya penariknya dan sifat persona diri seseorang wanita tadi yang membuatkan minyak pengasih ini sesuai untuk golongan wanita.inshaallah...Dan antara khasiat yang lain,akan saya nyatakan dibawah.

Pengasih umum.
Pengasih khusus.
Penunduk.
Persona diri.
Pengikat pasangan.
Pelaris diri.
Penahluk pasangan.

Mahar Tebus:RM440.00





Selasa, 30 Januari 2018

Minyak Belangkas Hitam

Assallamuallaikum...

  • Ini adalah Minyak Pengasih Belangkas Hitam yang saya dapatkan dari seorang pengamal yang berpengalaman dalam bidang meramu minyak tersebut.Inshaallah berkhasiat tinggi,dan sedia maklum akan minyak ini memang susah untuk didapati dan proses meramunya juga amatlah susah,kerana bahan utama minyak ini iaitu Belangkas Hitam amat payah untuk dijumpai.Amat terkenal didaerah Borneo dan di Kalimantan.
  Proses meramunya mengambil masa selama 3 bulan.Dan selain Belangkas Hitam sebagai bahan utamanya,ada lagi ramuan pengasihan yang lain di adunkan sekali untuk memberi khasiat agar kekal terpelihara.Ditambah pula dengan khadam isian sebagai penjaga minyak tersebut dan telah ditapa di dalam cengkerang Belangkas Hitam.
  Setelah semua bahan tadi dan khadam isiannya serasi,barulah dimaharkan kepada penebus.Dan antara khasiatnya...

Pengasih Umum.
Pengasih Khusus.
Penunduk.
Pengikat Pasangan.
Persona Diri/untuk wanita.
Kharisma Diri/untuk lelaki.
Pelaris jualan/salesman/salesgirl.
Pembungkam Kata.
Dan banyak lagi khasiat yang lain.Inshaallah...


Mahar Tebus:RM990.00